Wednesday, March 4, 2009

layakkah aku...????

Jalan kehidupan ku

Setiap hari setiap pagi

Fikiran ku tiada lain memikirkan

Kerja kerja yang harus ku lakukan

Hinggakan subuh ku pantaskan

Tiada masa untuk memuji nya..

Bagi ku solat dalam masa yg singkat adalah biasa

Dari zaman persekolahan, seitiap saat sibuk senantiasa

Kerja sekolah tidak pernah habis ku lakukannya

Bersuka beriadah masa ku habis untuknya

Hingga tiada masa menyembah tuhan yang maha esa

Bila dewasa ku mula kerjaya

Kerja berhari hari untuk masa depan ku

Sampai ke rumah, ku pulak ingin bersuka ria

Menelefon teman tapi tidak menyentuh Quran

Masa juga dihabiskan di lelaman internet

Maaf kata iman ku semakin…pudar..

Hanya hari minggu sahaja yg aku ada

Tapi ku lebih selesa pergi membeli belah

Tiada masa untuk ku singgah rumah Allah

Alasannya.AKU TELALU DGN HAL DUNIA

Solat ku lima kali sehari tidak pernah ditinggalkan

Tetapi dgn masa yang begitu pantas

Tidah pernah ku megambil masa untuk berdoa

Tidak pula masa untuk menolong yg memerlukan

Kerana kerja ku terlalu byk untuk dilakukan


Tiada masa menziarahi saudara

Yg sakit yg miskin atau yg tua

Tidak pernah ingin menjadi sukarelawan

Bila berkenduri, tidak mahu berganding tangan

Hidup ku sungguh byk ketekanan

Tidak ku mengadu dgn kaum ku sendiri

Tidak ku mengadu dgn keluarga sendiri

Kerana bagi ku…..hanya membuang masa

Tidak ku pernah berkongsi tentang agama

Walaupun aku tahu, pahala mengejar agama

Tidak pernah pulah melakukan yg sunah

Ni semua..jatuhkan iman ku dari jiwa ku

Sibuk di sini sibuk di sana

Tiada masa, itu sahaja yg ku lafazkan

Pergi belajar agama..tapi sekali sekala

Kerana sibuk dgn kerja dunia.

Bekerja pagi hingga ke petang

Di katil lah pulak, di malam hari

Terlalu lelah..untuk solat sunat

Hanya lakukan..yg wajib tapi is tidak mencukupi

Tiada masa untuk memujinya

Tiada masa untuk minta keredhaanya

Walaupun ku tahu..hidup hanya sementara

Tapi tidak sedikit pun menyedarkan jiwa dan raga


Akhirmya masanya pun tiba

Ku berdiri tegak menghadapnya

Menunggu dan melihat sejarah hidup ku

Kini aku rasa kesal dgn kelakuan ku

Kenapa tidak ku beribadat waktu hidupku

Kenapa tidak ku membaca kitab sucinya

Inikah di namakan islam agama Allah??

Di akhir zaman, aku mula rasa gelisah

Aku membuang masa ku bila nyawa ku masih ada

Tetapi semuanya telah terlambat

Tiada guna ku sesal kini..

Jalan ke shurga terletak dgn kebajikan ku di dunia

Tetapi layak kah aku??…………..


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Supercar Pictures. Powered by Blogger